Sejarah Henan Airlines

Perjanjian untuk membentuk Syarikat Penerbangan Kunpeng Airlines ditandatangani pada Bulan Disember 2006, dengan perkhidmatan bermula pada Oktober 2007. Kunpeng mengendalikan perkhidmatan penumpang dan kargo, dan penerbangan sewaan. Syarikat penerbangan itu mula menerbangkan pesawat Bombardier siri CRJ200 yang disewa dari Kumpulan Mesa Air . [2] Livery (Cat Warna) syarikat penerbangan terdiri daripada warna merah, putih, dan emas. Nama syarikat penerbangan itu berasal dari burung Cina Mitos. [3]

Pada Bulan Ogos 2008, Kunpeng memindahkan ibu pejabat dan markas operasi ke Zhengzhou . Kunpeng beroperasi dengan kerugian kewangan, dan diharapkan langkah itu akan membawa keuntungan syarikat penerbangan. Kungpeng telah merancang untuk mempunyai 200 pesawat yang mengoperasikan 900 penerbangan setiap hari pada Tahun 2016. [4]

Pada Bulan Ogos 2008, Kumpulan Mesa Air menyatakan bahawa pihaknya berhasrat untuk menjual semua sahamnya di Kunpeng kepada rakannya Shenzhen Airlines . [5] Pada Bulan Jun 2009, Kumpulan Mesa Air menjual kepentingan kewangannya di Syarikat Penerbangan Kunpeng Airlines dan semua Pesawat siri CRJ 200 yang disewa dikembalikan ke Amerika Syarikat.

Pada Tahun 2009, Syarikat Penerbangan Shenzhen Airlines mengumumkan bahawa Syarikat Penerbangan Kunpeng Airlines akan dinamakan semula sebagai Henan Airlines, yang mengoperasikan pesawat Embraer siri E-190.

Pada Tarikh 27 Ogos 2010, pihak berkuasa Wilayah Henan mencabut nama syarikat "Henan Airlines" yang sebelumnya telah disetujui, dengan alasan reputasi buruk yang dibawa syarikat penerbangan itu ke wilayah itu selepas Insiden Penerbangan 8387 Henan Airlines. [6] [7] [8] Pemerintah Wilayah Henan telah memberikan insentif kepada syarikat penerbangan tersebut untuk memindahkan habnya dari Xi'an, Shaanxi ke Zhengzhou, ibu bandar Henan dan bandar terbesar. [ <span title="This claim needs references to reliable sources. (September 2010)">petikan diperlukan</span> ]

Rujukan

WikiPedia: Henan Airlines http://www.ch-aviation.ch/aircraft.php?search=set&... http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2007-10/28/c... http://www.haaic.gov.cn/ContentDetaillUI.action?co... http://atwonline.com/news/story.html?storyID=13558 http://www.atwonline.com/news/story.html?storyID=1... http://news.carnoc.com/list/168/168619.html http://www.eastvalleytribune.com/story/95186 http://www.flightglobal.com/articles/2010/08/29/34... http://aviation-safety.net/database/record.php?id=... http://www.luchtvaartnieuws.nl/News/?id=21479